Tinkerbell Pink Glitter Wings My Journey...My Life...My Family.....: February 2013

Qaseh My Love

Qaseh My Love

Saturday 23 February 2013

Journey @ seoul Day 1



Assalamualaikum..  Kerjaya, ibu & isteri membuatkan aku ambik masa lama nk update blog, tapi aku tetap usahakan untuk curi mase, hari ni anak tak berapa sihat, kerja rumah sume da setle anak pun da tdo pas makan ubat, masa untuk mengarang huhu..

Plan ke Korea adalah idea dari aku dan Mr Hubby, mengenangkan da lama tak pegi jalan and masing2 sibuk dengan study dan sekaligus menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4 YUUHUU!!. Mulanye bercadang nk pegi time winter,tp bila google rmai yg berpendapat pegi time Autumn lgi best,  So lepas da bincang2 kami terus booking tiket flight, Tiket Air Asia dari LCCT Air Asia-Incheon-LCCT di beli terus pada bulan sept 2012 dengan harga RM3100 utk 3 org.

28 OKTOBER 2012 Jam 1am bermulalah perjalanan kami, kali ni trip kami di temani oleh kakak dan abg ipar aku. Dah naik flight pukul 1 pagi ape lgi, tdo aje la sepanjang 7 jam perjalanan. Sedar2 kami dah landing di airport Incheon jam 8 am (waktu tempatan) Beza waktu Msia-Korea hanya sejam ke belakang shj. Canggih juga airport Incheon ni, siap naik train laju ke terminal, LCCT tak de.. hehe.. Keluar je dari terminal.. TU DIAA.. SEJUKKK, Tempreture mencecah 14 darjah calcius.. kalau musim winter tak tau la, mau beku.. Cepat-cepat masuk teksi limo yang berupa van dengan tempat isi luggage yang besar. Dalam perjalanan diam je pakcik ni, nk cakap pun guna bahasa isyarat coz English pun die tak faham, da mcm ayam dgn itik pulak. Seperti yang dijanjikan kami telah di bawa ke tempat penginapan yg telah di booking siap. Kami menginap di Motel je (Motel Benhur Jogno 5), coz nk jimat. Kena la pandai berbelanja baru la bleh jalan banyak tempat kan.. wlupun motel kami agk terkejut dengan biliknye yg selesa, bersih dan cantik, siap ade heater dekat lantai bilik so tak de la sejuk sgt, TV LCD 40  inch, dengan harga RM183 sgt BERBALOIKAN!

Sampai je di Motel kami rehat dan breakfirst sekejap, wahh perut pun dah berkeroncong nsib baik la akak aku ni mmg igt bab2 mkn ni, dia da standby 1 luggage makanan.. siap bawa portable stove hohoho jgn terkejut.. coz mmg tau ssh nk cari mknan halal kat sn.  tak sabar nk jelajah seoul, hari pertama kami jalan2 di sekitar yang dekat2 je. Kami jalan2 di Dongdaemun Market, sempat la kami shopping barang2 souvenir, baju sejuk, kasut dll..

Just arrive..


Airport Incheon yang sangat cantik!


Grrrr.. bleh faham ke direction ni..





Inilah beras orang korea, tak tau rase mcmn, tak berani nk cube..


Akak aku kalau da start shopping..


Seronok sgt Qaseh dapat kasut K.POP, perasan nk jadi WONDER GIRLS la tu..


Happy sesangat..






Bersih sangat stream kat sini.. Kalau la kat M'sia ade mcm ni. Airnya pun bersih tak ade berbau, mat pitt pun tak ade bergelimpangan dibawah jambatan, termotivasi sekejap.


Berjalan sampai tak sedar hari da malam..


Lastly jumpa jgk orang Korea yang agak fluent Englishnye..



Seronok abg Ipar aku bergambar ngan awek Korea ni.. Orang2 kat sane sumenye baik2 dan tak sombong.


Ini la Motel Benhur Jogno 5 yang kami duduk Cantikkan.. da penat jalan2 kami pun berehat dalam bilik yang cantik ni.. Aircond tak payah pasang, dah cukup sejukkk.. syok tdo huhu..
Act.. pic ni ambik kat internet, coz terlupa nk ambik gmbr Motel.. tpi mmg sma dengan yang sebenar.. hehe

Saturday 16 February 2013

Happy Birthday To Me.. hahaha..

Assalamualaikum..
Baru ade kelapangan nk post, Nk story mori ckit kat U alls, Disebabkan bulan ni masih bulan february which is masih bulan untuk aku, so nk cerita mengenai aku lagi, sudi la kiranya korang membaca, kalau ade yang x sudi boleh la tekan butang X di sebelah kanan anda. 10 FEB 2013 genap umurku 30 tahun, rasenye aku semakin matang dalam menepuhi dunia ni.. banyak telah aku pelajari dalam hidup ini,  terlalu banyak pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui. Semua ini telah menjadikan aku lebih dewasa & tabah mengharungi dugaan yang datang. Aku sangat bersyukur dengan ape yang aku ada sekarang. Alhamdullilah...

Ok, sebenarnye aku nk share pasal majlis harijadi aku yg telah berlangsung di TERATAK BONDAKU pada 11/2/2013 baru2 ni yg telah di SPONSOR oleh aku sendiri,en suami & kakak kesayangan ku, bukan ape, pd mulanye x plan pun nk celebrate mcm ni, maklum la da tua, tpi x sangka jdi meriah, terharu pulak rasenye. CREDIT untuk mak aku ( Zaiton Kamis) Mak cik aku (Nafissa Abd Rafeck) & kakak aku (Zuriamie Mohd Othman) coz telah meneyediakan jamuan yang best. They are the best MASTER CHEF. Antara menu yg telah disediakan, Chicken BBQ, Lamb chop, steamboat, mee hoon, ikan bakar,udang bakar, cocktail, coleslaw, Air sirap, kuih muih, buah tembikai & my favourite Kek chocolate indulgance from secret recipe.

Majlis ku dimulakan dengan bacaan TAHLIL & DOA SELAMAT dari bapa saudaraku Imam Ghazali Abdullah. Terima kasih pada beliau serta saudara mara yang bertungkus lumus bekerjasama bagi merealisasikan majlis ini. Juga terima kasih buat tetamu dan sahabat2 yang sudi hadir bagi memeriahkan dan menyerikan lagi majlis hari jadi org tua ni.. huhu.. Jom kite tengok gambar2 yang sempat photographer sy ambik EN HAZRUL NIZAM MOHD TAHA (UCUK ACAM SAYE ;)




Prepairation sebelum majlis. Rajin adik2 aku ni hai...


Sebab bro aku ni la mee hoon jdi sedap.. nyum..nyum..



Emmm Maksue aku sorang ni sibuk inteprem je.. Bajet cun la tu posing pkai kain batik.. huhu.



BBQ and lamb chop terbaikkk dari kakak aku.




Ni la MASTER CHEF yg aku ckp.. WALLLAAAHHH...



aktiviti anak aku bile x dpt layanan dr umminye..


Waacaaaa.. Pak cik aku termasuk org kuat sms majlis aku.


Alahaii.. sampai sakit blakang adik2 aku, penat sangat ciannye..


Bacaan Tahlil n Doa Selamat dari pak lang aku.


LETS PARTY!! Ramaikan, kehadiran tetamu yg tak di jangka ramai mcm ni.


Haahaha, lupa tiup lilin da potong kek, Nervous plak da tua2 smbut hr jadi.. APTB!



Happening plak majlis aku ni..





With my BFF Norbaizura Mohd Saad.
 TQ coz hadiahkan Shawl yg sgt cantik!



 With my BFF Marini Mohammad


 With my BFF Hafiza Nordin
Dah bertahun2 lamenye aku x jumpa sahabat2 aku ni, x sangka jumpa di hari jadi ku.. rasanye hadiah yang besar utk aku




 Bersama mak aku dan Keluarga Mertua ku yang tercinta






 With my Ucuk Acam.. Sayang sampai akhir hayat.


 Bersama Mak, Paklang, Maklang and Ayu