Tinkerbell Pink Glitter Wings My Journey...My Life...My Family.....: Journey @ seoul Day 1

Qaseh My Love

Qaseh My Love

Saturday, 23 February 2013

Journey @ seoul Day 1



Assalamualaikum..  Kerjaya, ibu & isteri membuatkan aku ambik masa lama nk update blog, tapi aku tetap usahakan untuk curi mase, hari ni anak tak berapa sihat, kerja rumah sume da setle anak pun da tdo pas makan ubat, masa untuk mengarang huhu..

Plan ke Korea adalah idea dari aku dan Mr Hubby, mengenangkan da lama tak pegi jalan and masing2 sibuk dengan study dan sekaligus menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4 YUUHUU!!. Mulanye bercadang nk pegi time winter,tp bila google rmai yg berpendapat pegi time Autumn lgi best,  So lepas da bincang2 kami terus booking tiket flight, Tiket Air Asia dari LCCT Air Asia-Incheon-LCCT di beli terus pada bulan sept 2012 dengan harga RM3100 utk 3 org.

28 OKTOBER 2012 Jam 1am bermulalah perjalanan kami, kali ni trip kami di temani oleh kakak dan abg ipar aku. Dah naik flight pukul 1 pagi ape lgi, tdo aje la sepanjang 7 jam perjalanan. Sedar2 kami dah landing di airport Incheon jam 8 am (waktu tempatan) Beza waktu Msia-Korea hanya sejam ke belakang shj. Canggih juga airport Incheon ni, siap naik train laju ke terminal, LCCT tak de.. hehe.. Keluar je dari terminal.. TU DIAA.. SEJUKKK, Tempreture mencecah 14 darjah calcius.. kalau musim winter tak tau la, mau beku.. Cepat-cepat masuk teksi limo yang berupa van dengan tempat isi luggage yang besar. Dalam perjalanan diam je pakcik ni, nk cakap pun guna bahasa isyarat coz English pun die tak faham, da mcm ayam dgn itik pulak. Seperti yang dijanjikan kami telah di bawa ke tempat penginapan yg telah di booking siap. Kami menginap di Motel je (Motel Benhur Jogno 5), coz nk jimat. Kena la pandai berbelanja baru la bleh jalan banyak tempat kan.. wlupun motel kami agk terkejut dengan biliknye yg selesa, bersih dan cantik, siap ade heater dekat lantai bilik so tak de la sejuk sgt, TV LCD 40  inch, dengan harga RM183 sgt BERBALOIKAN!

Sampai je di Motel kami rehat dan breakfirst sekejap, wahh perut pun dah berkeroncong nsib baik la akak aku ni mmg igt bab2 mkn ni, dia da standby 1 luggage makanan.. siap bawa portable stove hohoho jgn terkejut.. coz mmg tau ssh nk cari mknan halal kat sn.  tak sabar nk jelajah seoul, hari pertama kami jalan2 di sekitar yang dekat2 je. Kami jalan2 di Dongdaemun Market, sempat la kami shopping barang2 souvenir, baju sejuk, kasut dll..

Just arrive..


Airport Incheon yang sangat cantik!


Grrrr.. bleh faham ke direction ni..





Inilah beras orang korea, tak tau rase mcmn, tak berani nk cube..


Akak aku kalau da start shopping..


Seronok sgt Qaseh dapat kasut K.POP, perasan nk jadi WONDER GIRLS la tu..


Happy sesangat..






Bersih sangat stream kat sini.. Kalau la kat M'sia ade mcm ni. Airnya pun bersih tak ade berbau, mat pitt pun tak ade bergelimpangan dibawah jambatan, termotivasi sekejap.


Berjalan sampai tak sedar hari da malam..


Lastly jumpa jgk orang Korea yang agak fluent Englishnye..



Seronok abg Ipar aku bergambar ngan awek Korea ni.. Orang2 kat sane sumenye baik2 dan tak sombong.


Ini la Motel Benhur Jogno 5 yang kami duduk Cantikkan.. da penat jalan2 kami pun berehat dalam bilik yang cantik ni.. Aircond tak payah pasang, dah cukup sejukkk.. syok tdo huhu..
Act.. pic ni ambik kat internet, coz terlupa nk ambik gmbr Motel.. tpi mmg sma dengan yang sebenar.. hehe

2 comments:

herny ridzwan said...

best... nak menyusul gak lah :)

Unknown said...

Sila2 kak, tpi kalau dpt gi lme ckit bru puas, rse kejap sgt g 4 hri..